CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 16, 2009

Bencana Alam..!!




JOHOR BAHRU 16 Feb. - Satu kejadian bencana alam yang dasyat telah berlaku di Jabatan Pendidikan Jasmani salah sebuah kampus perguruan yang terletak di Larkin menyebabkan tiada langsung nyawa yang terkorban.=) Hujan lebat pada awalnya langsung tidak menunjukkan akan berlakunya perkara yang tidak diingini. Pada masa itu, hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja di astaka kerana tidak dapat pulang ke blok asrama masing-masing akibat terkandas dek hujan yang terlalu lebat. Pensyarah yang sepatutnya mengajar subjek Bola Jaring pada masa itu tidak hadir dan alasannya masih tidak diketahui hingga kini. =)

Menurut salah seorang mangsa yang berada di tempat kejadian,hujan lebat yang berlarutan selama hampir satu jam itu tiba-tiba berubah dan mengganas seolah-olah sedang berlakunya ribut petir di situ. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai ADIK (bukan nama sebenar) berkata pada masa itu dia sedang mengambil video pemandangan di padang ketika hujan lebat di mana keadaan di padang kelihatan tidak ubah seperti ombak yang sedang beralun kuat di lautan. Tiba-tiba beliau terdengar bunyi yang sangat kuat lantas segera memberhentikan rakamannya!=)

Mohd Azfar Omar yang sedang 'bergayut' dengan aweknya di bawah meja pejabat di astaka juga tersentak dengan bunyi yang sangat kuat itu lantas bertempiaran lari cuba untuk menyelamatkan diri. Syukri Azis berkata apabila dia sedang lari menyelamatkan diri, dia ternampak bumbung zink di Jabatan itu tercabut dan berterbangan di padang itu. Pemandangan itu sangat menggerunkan katanya. Mujurlah Emilia yang pada masa itu sedang menunggu kekasihnya di tempat duduk astaka sudah berganjak dari tempat duduknya. Bahagian dalam pejabat di astaka itu basah kesemuanya kerana siling sudah bocor. Walaupun begitu,litar pintas tidak berlaku kerana Amir Hamzah sempat menutup suis utama di dalam bilik itu. Tindakan yang amat bijak dari beliau yang akan mengharungi Tunas Samudera pada bulan 3 nanti!=)


Pelajar-pelajar yang berada di tempat kejadian itu merasa amat bersyukur kerana tiada sebarang pertumpahan darah berlaku walaupun mereka sebenarnya sudah terperangkap dan tidak tahu ke mana arah tuju untuk menyelamatkan diri.=) Kerugian dianggarkan hampir mencecah 2O ribu ringgit (tidak termasuk kos pembaikan kereta En. Adib)...=D

Berikut adalah antara keluhan hati atau komen ringkas para mangsa yang langsung ditemu bual selepas bencana itu berlaku :-

Saiful Izhar : "Mujurlah Gajet yang kami siapkan tidak terjejas walaupun diduga dengan hujan yang sangat lebat! Saya yakin dengan ikatan manok saya!"

Emilia : "Emmy risau la...kain baju emmy baru basuh kat blok tu... Hujan lebat,angin kuat nie,ntah2 dah terbang pe kain baju emmy tu...adoiii!"

Amir Hamzah : "Kejadian bencana alam seperti ini langsung tidak mematahkan semangat saya untuk pergi Tunas Samudera bersama Fatin Noorain nanti...!"

En. Adib : "Saya amat sedih dengan kejadian yang terjadi ini. Ini kerana saya xdapat claim insurans ke atas kesan kemek di bahagian hadapan Honda Stream Baru saya. saya berharap ada pihak yang tampil untuk memberi sedikit sumbangan atas kerosakan kereta saya ini...."

An. Din : "Nasib baik saya parking kereta saya agak jauh dari kawasan astaka. Buat masa ini kereta saya selamat. Takziah pada ketua jabatan saya yang parking kereta Honda Stream Barunya betul2 di belakang astaka (ketawa kecil)...."

Saturday, February 14, 2009

Kerah Keringat!


Woii!! Psyko siot awal2 letak gambar parang! hahaha... takot x??












Haaa... sebenarnye weekend kitorang kali nie dicemari oleh satu bende yang xdigemari oleh sume student kat maktab... Boleh mengakibatkan pertumpahan darah woo!!Ape lagi, kelas ganti di hujung minggu arr!! hehehe....
Time orang nak bangun tido lambat2, time tu larr nak wat kelas awal pagi! Adoii,lemah!
nak2 lagi, kelas ganti Pendidikan Luar plak tu!

Elok aku dah pegi kelas, lecturer xdek pun sebenarnye!! Pehh,menyirap je darah aku! Tapi kitorang dah ditugaskan utk siapkan model-model gajet untuk PL... Xpe, dengan semangat dari kawan-kawan sekelas yang sedia bersatu padu dalam ape jua keadaan, gajet pun cuba disiapkan!
Kat bawah nie bukti2 betapa tseksanya budak2 kelas aku tengah2 panas terik nak mnyiapkan gajet kat padang! Gamabr aku xde?? memang arr,dah aku yang amekkan gambarnye!=p! hehee..




Nak tau,sampai lewat petang pon bende nie xsiap sume lg... Rase2nye hairy n the gang tegakkan Pintu gerbang tu pun dah malam dah... huhuhu... teruk siottt! Thanks kat kengkawan2 yang seriously saaaaangat cooperative! Naseb baik ahad xdek kelas ganti lagi! hahahaha....

Thursday, February 12, 2009

The Time To Change!!

Haaa, korang sume yang bace blog nie, aku nak gtao sket... Aku dah beli broadband! So pasal intenet nie xdela masalah sangat....KOT!=) Tapi still nak menyumpah seranah sebab maktab nie xsediakan pkhidmatan wireless sepenuhnye... Kesian kat budak2 laen yang xdek intenet...

Bile aku dah beli broadband nie, aku rase aku kene betulkan niat aku dok kat maktab nie arr... Nak cube sedaye upaye untuk follow rules ngan siapkan sume assgnment dalam tempoh waktu yang ditetapkan...Nak jadi 'student' maktab yang sebetul2nye....Tapi aku rase still xcukup 1 barang lg nak lengkapkan cite2 aku tu....Tinggal nak beli printer je lagi... Bile dah ade printer nnt,baru complete!!

Dah ade moto, intenet, ngan printer, nak ape lg....cukup arr tu kan? Aku ingat lg dulu mase aku foundation..moto ape xde... dahla dalam kelas aku,aku je yang dok kat asrama blok baru...nak kene menapak siot g kelas kat blok lame! panas2 lagie...adoi!! Bile ingat balik, kire aku dah cukup beruntung arr skang neh.. Alhamdulillah....

Ade intenet, korang kerap2 arr bace blog aku eyh.... nanti aku nak promote lg blog nie kat kengkawan sume! Dah bace tu, komen arr kat mane2 post aku...jangan arr tengok je... Aritu aku dengar Zai ngan Ain pun dah usha blog aku... Cehhh,dorang tu xreti2 nak comment ke! =p! hehehe.... Sape yg dah TERbukak blog nie,diwajibkan tggal komen kat mane2 post! Caaayang korang sume!=)

Wednesday, February 11, 2009

Tarikan '2' di Awal 2009

Haaa...nie nak review filem banyak sekaligus...dah lame aku xupdate blog, so banyak filem termiss untuk di review... Perasan atau x, awal tahun 2009 nie, banyak plak filem sambungan untuk filem asalnye... Filem ke-2 la kire... Mule2 skali cite Red Cliff '2'... Filem Cine,strategi perang gitu... Aku bukan nak sangat pun tengok cite nie, tapi Palun sebok sangat rekemen kat aku soh tengok, best gile katenye..... Nak jage hati punye pasal, aku layan je la... sekali memang best arr citenye... hehehe...

Filem '2' yang seterusnya adalah Ong Bak '2'... Xde kaitan pun sebenarnye cite nie ngan Ong Bak yang 1 dulu...Tapi adegan2 lawan dalam cite nie memang best gile ah! Mau xnye, Tony Jaa blakon siot! Xrugi woh gi tengok....sape2 nak bawak awek gi tengok cite lawan2 camni pun boleh jek...awek korang mesti suke nye ah,dont worry..! CD cetak rompak dah kuwa sebelum filem nie kuwa kat wayang! Adoiii,spoil jek! Nak wat cetak rompak pun, tggu la sampai dah tayang kat wayang Malaysia dulu! Tau la terer ponnn! hehehehe....



Last but not least adalah file Pink Panther '2'... Aku ingat filem nie cam bosan jek,padahal aku xtengok pun Pink Panther 1 dulu...cite nie enjoy gile ah...budak2 pun leh faham dengan cite siasatan camnie...cite nie fresh lagi,baru kuwa....korang jgn lupe g tengok eyh! Satisfaction guaranteed!=)