CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 27, 2010

Film Review : Magika


Yeaaa...Filem Malaysia makin berevolusi!!
Adik bradik KRU dah tunjuk belang dalam pembikinan filem lagi..Kali ini filem yang ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri,yang berunsurkan muzikal... MAGIKA!

Yang baru niat nak pegi tengok tu, janganla expect nak tengok aksi dentam-dentum bagai nak rak mcm hollywood tu eyh! Dah genre filem nie ala2 muzikal, dah tentulah yang korang dapat tengok pelakon2 nie menyanyi dan fantasi2 berwarna-warni dalam jalan cerita yg menarik...


Filem nie ada daya tarikan tersendiri iaitu menggunakan cerita-cerita dongeng di Malaysia untuk diselitkan sepanjang perjalanan plot filem ini. Faktor nie la yg buat kite sbg rakyat Malaysia mesti tengok cite ni... Ade Pak Pandir, Orang Minyak, Puteri Gunung Ledang, dan raaaamai lagi! Tapi mase aku tengok kat wayang, seat banyaaak lagi kosong lorhhh... xtaw la,maybe sbab tu tayangan 1st day kot... hurmmm...


Perjalanan cerita sangat sempoi,cerita pasal seorang budak nakal yang hilang mase ngah merajuk di kampung.. Kakaknye (Ayu) yang risau pergi mencari saaampai terjumpenye sebuah perigi yang dah usang... Carik punye carik, kemalangan berlaku di mana tali yang digunakan utk menuruni perigi tu dah terputus...!!

Orang kampung menyangkakan yang Ayu dan adiknya telah hilang... sangkaan mereka nyata meleset.. Mereka berdua sebenarnya sudah termasuk ke satu alam yang lain yang dikenali sebagai MAGIKA...Di situ TIADA APA YANG MUSTAHIL DENGAN KUASA IMAGINASI..Untuk mencari adiknya, Ayu perlu berjumpa dengan ramai orang yang xdikenali seperti Pak Pandir dan isterinya, Badang, Hang Tuah dan rakan2, Nenek Kebayan dan sebagainya..

Mampukah Ayu bertemu semula dengan adiknya..?? Di mana sebenarnye adiknya disembunyikan?? Jom carik jawapannye dengan ramai2 nonton filem nie kat pawagam berhampiran!! Yang dah berkeluarga tu,elok bawak anak2 pon pegi tengok,kompom dorang suke!! Layannnnn~~

Jalan2 tempat orang~