CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 9, 2012


BERKUATKUASA 16 JANUARI 2012, PENULIS BLOG DAH BEKERJA DI MERU, SELANGOR.... HOYEEAAAHHHHH!!

Monday, September 27, 2010

Film Review : Magika


Yeaaa...Filem Malaysia makin berevolusi!!
Adik bradik KRU dah tunjuk belang dalam pembikinan filem lagi..Kali ini filem yang ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri,yang berunsurkan muzikal... MAGIKA!

Yang baru niat nak pegi tengok tu, janganla expect nak tengok aksi dentam-dentum bagai nak rak mcm hollywood tu eyh! Dah genre filem nie ala2 muzikal, dah tentulah yang korang dapat tengok pelakon2 nie menyanyi dan fantasi2 berwarna-warni dalam jalan cerita yg menarik...


Filem nie ada daya tarikan tersendiri iaitu menggunakan cerita-cerita dongeng di Malaysia untuk diselitkan sepanjang perjalanan plot filem ini. Faktor nie la yg buat kite sbg rakyat Malaysia mesti tengok cite ni... Ade Pak Pandir, Orang Minyak, Puteri Gunung Ledang, dan raaaamai lagi! Tapi mase aku tengok kat wayang, seat banyaaak lagi kosong lorhhh... xtaw la,maybe sbab tu tayangan 1st day kot... hurmmm...


Perjalanan cerita sangat sempoi,cerita pasal seorang budak nakal yang hilang mase ngah merajuk di kampung.. Kakaknye (Ayu) yang risau pergi mencari saaampai terjumpenye sebuah perigi yang dah usang... Carik punye carik, kemalangan berlaku di mana tali yang digunakan utk menuruni perigi tu dah terputus...!!

Orang kampung menyangkakan yang Ayu dan adiknya telah hilang... sangkaan mereka nyata meleset.. Mereka berdua sebenarnya sudah termasuk ke satu alam yang lain yang dikenali sebagai MAGIKA...Di situ TIADA APA YANG MUSTAHIL DENGAN KUASA IMAGINASI..Untuk mencari adiknya, Ayu perlu berjumpa dengan ramai orang yang xdikenali seperti Pak Pandir dan isterinya, Badang, Hang Tuah dan rakan2, Nenek Kebayan dan sebagainya..

Mampukah Ayu bertemu semula dengan adiknya..?? Di mana sebenarnye adiknya disembunyikan?? Jom carik jawapannye dengan ramai2 nonton filem nie kat pawagam berhampiran!! Yang dah berkeluarga tu,elok bawak anak2 pon pegi tengok,kompom dorang suke!! Layannnnn~~

Jalan2 tempat orang~








Sunday, August 15, 2010

Film Review : The Expendables

Minat Stone Cold Steve Austin x?? Sylvester Stallone?? Jason Statham?? Emmm... Jet Li??
Yeaaa, kalo korang minat sume balak2 tu, kini aku ade 1 pakej nak promosi kat korang bagi korang nengok!! Jeng3x....
THE EXPENDABLES wehhhh!!

Hohohohooo....style x aku promote? =)) mmg la kene style, sbab korang dah xpayah tunggu lima enam muvee utk tengok aksi balak2 tough sume nehhh.... Satu muvee ni je dah boleh wat korang rase berbaloi abeskan duet lam sploh ingget beli tiket wayang! 9 hero wooo!! Tu baru yg korang nampak kat poster+iklan... sbenarnye ade lg hero yg diselitkan dalam cite nehhh yg die xtunjuk dalam iklan... Bukan Rosyam Nor, bukan jugak Jalaludin Hassan... nak tau sape,haaaa...kene la gi jengah2 wayang dik oiii!


Kalau dah hero2 die best,dah tentu arr aksi2 yang dipaparkan lam cite nie gempak! Terjamin la wehhh!! tembak menembak, bom mengebom, aksi close combat, semua bikin korang nak tlompat dari seat jek,serius! Naseb baek bulan puase skang nehhh,kalo x popcorn yg kat tangan tu pon bleh btrabur ah! =))

Nak cite panjang xgune, coz cite ni baru jek kluwa panggung... tggu smpai ujong minggu nie pon sempat lg kalo korang nak grab tiket wayang gi tengok ngan mmber2 yg tsayang! =))
Nak kasi hint sket, cite nie nak lebih kurang same je ngan cite aksi yang baru jugak kuwa panggung, A-TEAM ngan THE LOSER... Cume,antara ketiga-tiga filem aksi tu, The Expendables aku letak ranking num 1!! Haaaa,xreti2 lagi..?? Jom serbu panggungggg~~!!

Friday, March 26, 2010

Film Review : Evolusi KL Drift 2



Fuhhhh!! (ngah tiup skrin laptop)
Dah lame sangat dah blog nie xupdate..aku ingat dah xdek orang follow... tp atas pmintaan drp beberapa orang rakan, aku mule balik ahh update blog review pasal filem2 baru..

Ok,kali nie kembali ke filem buatan tempatan yang bukan calang2... EVOLUSI KL DRIFT 2!!
Sblom tu, yang satu punye korang dah tengok blom? Haaa,kalau blom cepat pegi pnjam DVD kat kengkawan atau sedut jek kat kengkawan yg ade download sblom korang serbu panggung tengok yang kedua ni.. ini sbab,yang kedua nie bnyak turutan daripada filemnya yang pertama..Apa yang dapat dijanjikan, semuanya lebih advance! Dari segi teknik penggambaran, jalan cerita, aksi, semuanya ada umphhh! =) boleh kata crita Gerak Khas versi Fast n Furious ahhh~~ =))

Pelakon2 lama dikekalkan, dan watak2 baru ditambah! Syamsul Yusoff (ZACK) biase arr jadi hero,die dah xmaen drift2 jalanan nie,sebab die dah jadi drifter professional dalam episod nie.. sahabat karibnya pulak, Farid Kamil (SYAM) plak dah cacat dah,xleh nak maen drift2 lagi... Otai gengster Aaron Aziz (JOE) rupe2nye dapat lepaskan diri daripada menemui maut swaktu eksiden kat filem yg lepas dan masih menjalankan kegiatan haram mengedar dadah bersama sekutunya, watak baru yang dilakonkan oleh Sam (ERY). Loghat Malaysian-Chinese plak jadi trademark Sam dalam cite nie...style jugak! Muka baru lagi, Scha Alyahya (ALEYA) satu2nya drifter pompuan dalam cite ni dan juga awek Zack! Pengaruh Sam ngan Scha yang skarang nie tengah laku dalam dunia hiburan tempatan aku rasa mampu menarik jutaan peminat datang nak tengok hasil lakonan dorang..

Permulaan cerita agak slow,terase mcm boring sket.. tapi korang jgn risau... semua tu x lame... agak2 dah panas sket seat panggung korang tu, masuklah babak2 aksi dari kereta canggih manggih ngan aksi tembak menembak ala2 gangster yang buat korang x kelip mate pown!!
Mcm biase arr,part kreta layan drift kat jalan raya, kereta tbalik2, meletop2, kuwa api, muke bdarah2 ape semua, haaa tu jadi makanan korang ahh mase tengok cite nehh!


Selain aksi2 yang mengasyikkan, filem Malaysia mestilah xketinggalan babak2 cintan-cintun yang ayat2 die leh wat loya tekak korang jek! xcaye,korang gi tengok,betol cakap aku...loya tekak beb! Mane x nye,tengah2 suspen2 semua boleh plak die buat sesi luahan hati dan perasaan! Adehhhh~~ tahan telinga je laa... hehehe...

Dushhh,dah sampai ending cite nie mula la nak sedih2... nie yang buat cite ni orang nak bg star lebih... bukan orang jahat jek mati, ngan orang2 baik skali pon mati jugak... sob3x... =(
nak tau sape sape yang mati tu, korang kene beli tiket,gi masok wayang,n jadi saksi pada kematian satu nyawa dalam dunia perlumbaan drift! Sempoiii cite nie...

p/s : yang dah bace post nie,tlg tggalkan komen sket eyh... sbab nak banci ade lagi x orang view bog aku neh... ;-)

Friday, November 27, 2009

Sunday, November 15, 2009

Film Review : 2012

Yea!!! Filem yang dinanti2 oleh semua umat manusia kini dah masuk panggung!! Adik2, abang2, kakak2, pakcik2 n makcik2,kalau ade mase terluang tu, bawak2 la diri gi tengok cite nie ye!! =) Tip top! Anda semua xkan rugi ahh laburkan duet untuk beli tiket wayang tengok cite nie! Filem nie aku nak panggil filem+cukup+lengkap arr coz semua ada! Aksi ade, humor ade, sedih ade, kecanggihan grafik ade, dan yang penting mesej kepada semua umat manusia tu ade!

Haaa,yang belom ade kelapangan lagi nak tengok cite 2012 nie, bace review ni dulu sket, kot2 la terus tgerak hati nak gi tengok ke... ;-)

Sebelom2 nie ade sesiape penah dengar x pasal golongan cerdik pandai terkemuka kat Amerika ade buat kajian pasal kalendar kaum Mayan yang mengatakan dunia ni akan tamat tempohnya pada 21hb Disember 2012... Bukan berdasarkan kalendar tu je, malah dah banyak bukti2 serta tindak balas-tindak balas yang berlaku kat atas bumi nie yang menyokong kenyataan bahawa dunia nie akan sampai tempoh akhirnya pada tahun 2012 tu...

Cerita 2012 nie cite pasal tu lah.... bermula pada tahun 2009, seorang pengkaji dari India perasan yang Bumi menjalani tindak balas yang berbeza daripada biasa,di mana air dalam bumi menjadi semakin menggelegak.. Banyak lagi benda2 yang berlaku yang membawa kepada keputusan eksperimen iaitu Bumi akan mengalami kemusnahan yang amat dasyat pada tarikh 21.12.2012!

Lumrah manusia nie, kalau boleh mestilah nak lari daripada menghadapi kematian...so pihak Amerika yang dah tau pasal tarikh
21.12.2012 nie telah menjalankan satu projek secara rahsia menyiapkan kapal yang kononnya mampu menahan sebarang impak dari luar sebagai persediaan menghadapi hari menakutkan tu... Kapal tu mempunyai had bilangan penumpang... Korang bayangkanlah, kalau dunia nie akan musnah, dan korang ade peluang untuk naek 1 kapal, sape je yang akan korang pilih untuk ikot korang naek kapal tu... it's a very hard decision,ryte?! Hmmm,disebabkan ramai orang2 berkuasa besar yang diberi peluang naek kapal tu, maka yang penumpang2 lainnye pun mestilah hulur2 duit jugak semate2 nak selamatkan diri sendiri..

Seorang penulis buku,pemegang watak utama filem nie secara kebetulan mendapat tahu tentang hari kemusnahan tu dan juga projek rahsia pembinaan kapal tu tanpa berfikir panjang mengangkut semua ahli keluarga dia menghadapi apa saje halangan untuk sampai ke tempat projek pembinaan kapal tu dengan harapan dorang pun dapat naek jugak kapal tu untuk selamatkan diri. Mase dalam perjalanan tu, Bumi dah sedikit demi sedikit musnah. Gempa bumi yang amat besar, rekahan2 di tanah, bangunan2 runtuh, mase nie la korang dapat tengok!

Aku agak kecewa semasa adegan melarikan diri daripada ditelan bumi nie coz kurang diselitkan babak2 yang dapat menyedarkan dan menginsafkan para penonton! Tapi ia lebih kepada babak yang mendebarkan, di mana korang akan rase seolah2 tengah maen game kereta yang nak lari daripada terkena letupan kat belakang... Kan best kalau mase nie die tunjuk keadaan manusia berlari ketakutan, menjerit menghadapai hari kemusnahan tu...

Kapal-kapal yang telah lama diusahakan oleh buruh2 Cina tu bersedia untuk menjalankan tugas... Air dari kesan Tsunami yang amat besar hampir menenggelamkan seluruh dunia. Hanya orang2 yang tertentu sahaja boleh menjadi penumpang kapal tu... Tiba2, sesuatu yang amat mengejutkan berlaku pada salah sebuah kapal tu... Pintu kebalnya xboleh ditutup menyebabkan ia tidak boleh dihidupkan....Impak Tsunami semakin hampir... mampukah "jutawan2" dalam kapal tu mengambil tindakan membetulkan kerosakan yang berlaku?? Atau munculkah wira kepada umat manusia di saat genting tu?? Atau.....setakat tu saje pengakhiran makhluk yang bernama 'manusia' di planet Bumi ini...?
Jomm,ramai2 beli tiket 2012 untuk mengetahui kesudahan cerita BOMBASTIXX nie! =)

Emmm,nasihat kepada yang belum tengok lg cite nie... marilah kita bukak minda kita menerima setiap mesej yang ada dalam cita nie.. ada 1 part dalam filem nie tunjuk orang pegang signboard yang tulis "REPENT, THE END OF THE WORLD IS NEAR".... ada jugak ayat2 macam soh kita selesaikan urusan kita ngan tuhan terlebih dahulu...
Kepada yang dah tengok pulak,kemusnahan dunia diterjemahkan melalui kecanggihan grafik dalam cite nie... Korang nak tunggu kemusnahan tu betul2 jadi depan mate ke baru nak dekatkan diri dengan Tuhan...? Kalaulah betul la "hari" tu akan terjadi pada 2012, kita adalah antara orang yang akan menghadapi kemusnahan yang amat dahsyat tu...
Bayangkanlah.....