CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 15, 2009

Film Review : 2012

Yea!!! Filem yang dinanti2 oleh semua umat manusia kini dah masuk panggung!! Adik2, abang2, kakak2, pakcik2 n makcik2,kalau ade mase terluang tu, bawak2 la diri gi tengok cite nie ye!! =) Tip top! Anda semua xkan rugi ahh laburkan duet untuk beli tiket wayang tengok cite nie! Filem nie aku nak panggil filem+cukup+lengkap arr coz semua ada! Aksi ade, humor ade, sedih ade, kecanggihan grafik ade, dan yang penting mesej kepada semua umat manusia tu ade!

Haaa,yang belom ade kelapangan lagi nak tengok cite 2012 nie, bace review ni dulu sket, kot2 la terus tgerak hati nak gi tengok ke... ;-)

Sebelom2 nie ade sesiape penah dengar x pasal golongan cerdik pandai terkemuka kat Amerika ade buat kajian pasal kalendar kaum Mayan yang mengatakan dunia ni akan tamat tempohnya pada 21hb Disember 2012... Bukan berdasarkan kalendar tu je, malah dah banyak bukti2 serta tindak balas-tindak balas yang berlaku kat atas bumi nie yang menyokong kenyataan bahawa dunia nie akan sampai tempoh akhirnya pada tahun 2012 tu...

Cerita 2012 nie cite pasal tu lah.... bermula pada tahun 2009, seorang pengkaji dari India perasan yang Bumi menjalani tindak balas yang berbeza daripada biasa,di mana air dalam bumi menjadi semakin menggelegak.. Banyak lagi benda2 yang berlaku yang membawa kepada keputusan eksperimen iaitu Bumi akan mengalami kemusnahan yang amat dasyat pada tarikh 21.12.2012!

Lumrah manusia nie, kalau boleh mestilah nak lari daripada menghadapi kematian...so pihak Amerika yang dah tau pasal tarikh
21.12.2012 nie telah menjalankan satu projek secara rahsia menyiapkan kapal yang kononnya mampu menahan sebarang impak dari luar sebagai persediaan menghadapi hari menakutkan tu... Kapal tu mempunyai had bilangan penumpang... Korang bayangkanlah, kalau dunia nie akan musnah, dan korang ade peluang untuk naek 1 kapal, sape je yang akan korang pilih untuk ikot korang naek kapal tu... it's a very hard decision,ryte?! Hmmm,disebabkan ramai orang2 berkuasa besar yang diberi peluang naek kapal tu, maka yang penumpang2 lainnye pun mestilah hulur2 duit jugak semate2 nak selamatkan diri sendiri..

Seorang penulis buku,pemegang watak utama filem nie secara kebetulan mendapat tahu tentang hari kemusnahan tu dan juga projek rahsia pembinaan kapal tu tanpa berfikir panjang mengangkut semua ahli keluarga dia menghadapi apa saje halangan untuk sampai ke tempat projek pembinaan kapal tu dengan harapan dorang pun dapat naek jugak kapal tu untuk selamatkan diri. Mase dalam perjalanan tu, Bumi dah sedikit demi sedikit musnah. Gempa bumi yang amat besar, rekahan2 di tanah, bangunan2 runtuh, mase nie la korang dapat tengok!

Aku agak kecewa semasa adegan melarikan diri daripada ditelan bumi nie coz kurang diselitkan babak2 yang dapat menyedarkan dan menginsafkan para penonton! Tapi ia lebih kepada babak yang mendebarkan, di mana korang akan rase seolah2 tengah maen game kereta yang nak lari daripada terkena letupan kat belakang... Kan best kalau mase nie die tunjuk keadaan manusia berlari ketakutan, menjerit menghadapai hari kemusnahan tu...

Kapal-kapal yang telah lama diusahakan oleh buruh2 Cina tu bersedia untuk menjalankan tugas... Air dari kesan Tsunami yang amat besar hampir menenggelamkan seluruh dunia. Hanya orang2 yang tertentu sahaja boleh menjadi penumpang kapal tu... Tiba2, sesuatu yang amat mengejutkan berlaku pada salah sebuah kapal tu... Pintu kebalnya xboleh ditutup menyebabkan ia tidak boleh dihidupkan....Impak Tsunami semakin hampir... mampukah "jutawan2" dalam kapal tu mengambil tindakan membetulkan kerosakan yang berlaku?? Atau munculkah wira kepada umat manusia di saat genting tu?? Atau.....setakat tu saje pengakhiran makhluk yang bernama 'manusia' di planet Bumi ini...?
Jomm,ramai2 beli tiket 2012 untuk mengetahui kesudahan cerita BOMBASTIXX nie! =)

Emmm,nasihat kepada yang belum tengok lg cite nie... marilah kita bukak minda kita menerima setiap mesej yang ada dalam cita nie.. ada 1 part dalam filem nie tunjuk orang pegang signboard yang tulis "REPENT, THE END OF THE WORLD IS NEAR".... ada jugak ayat2 macam soh kita selesaikan urusan kita ngan tuhan terlebih dahulu...
Kepada yang dah tengok pulak,kemusnahan dunia diterjemahkan melalui kecanggihan grafik dalam cite nie... Korang nak tunggu kemusnahan tu betul2 jadi depan mate ke baru nak dekatkan diri dengan Tuhan...? Kalaulah betul la "hari" tu akan terjadi pada 2012, kita adalah antara orang yang akan menghadapi kemusnahan yang amat dahsyat tu...
Bayangkanlah.....


9 comments:

Anonymous said...

jgn pcaye sgt..
tgk boleh,kalau kita pcaye sgt maka kita x pcaya kt tuhan,tp lebih pcaye kpd org yahudi yg buat filem ni sbb diorg pnye kajian leh tau bila akn trjadi kiamat,tuhan x pnh sebut pun bila kiamat akn jadi,mcm mna diorg leh plak tau tarikh dgn detail siap..
fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

cite ni hanye blh di ambil sebgai renungan untuk kite muhasabah diri masing2 shj..tp jgn la kite terlalu taksub dengan cite nih..sesungguhnye bumi ini akan kiamat dengan 7 tanda2 besar..bukan seperti y di ceritakan dlm 2012..kite manusia tidak dapat menduga bila akan berlakunye kiamat..mungkin esok atau lusa...kuat kan ati tajamkan pemikiran n tetapkan pendirian kite andai ingin melihat cite ni..hanya Allah s.w.t sahaja y berhak menentukan segala2nya..

Jalak Lenteng said...

taubat..dan suruh org2 muda macam aku jer naek kapal tu tuk mengekalkan kemandrian spesis manusia...huhuhu

'Cikgu Padi' said...

hahha..nice post dude...pade para pengcomment sekalian, name pon cite...biase la...tol tak azrai..hehhe...cite ni pasal bala bencana yang dasyat sebenarnya, bukan pasal kiamat...kalau kiamat mana ada kehidupan selepasnya?heeehe...pape pon cite ni mmg best, sarat dengan msg2 berguna...cinta pada tuhan, cinta pada manusia, cinta pada keluarga, cinta pada negara, cinta pada bumi dan cinta kasih sesama manusia...gi la tgk...well done bro..

Azray said...

yeaaa,fikir2kanlah kate2 anonymous kat atas tu...=) ade betulnye tu...thanks muzamil! hahaha...

Man,aku nak nek gak ngan ko!
hahaha...=D

Padi,marilah tengok buat kali kedua!
;-)

malekabdillah said...

Aku suka pasal nilai kemanusiaan yang cuba ditimbulkan dalam cite ni. Lagi satu, simple plain English memang nice. Aku suka sebab maksud dia sangat mendalam.

devilmozart said...

ceh ko pepandai jer ko...ni bru ak komen

Anonymous said...

ak xd ap nk ckp kt cni sbb sume ak dh ckp dlm kete dh,,,neway i just wnt 2 support u!!gud luck!!=))

Anonymous said...

xbes sgt 2012..action kurang..msg yg nk ditonjolkan xbapa smpai..hehe