JOHOR BAHRU 16 Feb. - Satu kejadian bencana alam yang dasyat telah berlaku di Jabatan Pendidikan Jasmani salah sebuah kampus perguruan yang terletak di Larkin menyebabkan tiada langsung nyawa yang terkorban.=) Hujan lebat pada awalnya langsung tidak menunjukkan akan berlakunya perkara yang tidak diingini. Pada masa itu, hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja di astaka kerana tidak dapat pulang ke blok asrama masing-masing akibat terkandas dek hujan yang terlalu lebat. Pensyarah yang sepatutnya mengajar subjek Bola Jaring pada masa itu tidak hadir dan alasannya masih tidak diketahui hingga kini. =)
Menurut salah seorang mangsa yang berada di tempat kejadian,hujan lebat yang berlarutan selama hampir satu jam itu tiba-tiba berubah dan mengganas seolah-olah sedang berlakunya ribut petir di situ. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai ADIK (bukan nama sebenar) berkata pada masa itu dia sedang mengambil video pemandangan di padang ketika hujan lebat di mana keadaan di padang kelihatan tidak ubah seperti ombak yang sedang beralun kuat di lautan. Tiba-tiba beliau terdengar bunyi yang sangat kuat lantas segera memberhentikan rakamannya!=)
Mohd Azfar Omar yang sedang 'bergayut' dengan aweknya di bawah meja pejabat di astaka juga tersentak dengan bunyi yang sangat kuat itu lantas bertempiaran lari cuba untuk menyelamatkan diri. Syukri Azis berkata apabila dia sedang lari menyelamatkan diri, dia ternampak bumbung zink di Jabatan itu tercabut dan berterbangan di padang itu. Pemandangan itu sangat menggerunkan katanya. Mujurlah Emilia yang pada masa itu sedang menunggu kekasihnya di tempat duduk astaka sudah berganjak dari tempat duduknya. Bahagian dalam pejabat di astaka itu basah kesemuanya kerana siling sudah bocor. Walaupun begitu,litar pintas tidak berlaku kerana Amir Hamzah sempat menutup suis utama di dalam bilik itu. Tindakan yang amat bijak dari beliau yang akan mengharungi Tunas Samudera pada bulan 3 nanti!=)
Pelajar-pelajar yang berada di tempat kejadian itu merasa amat bersyukur kerana tiada sebarang pertumpahan darah berlaku walaupun mereka sebenarnya sudah terperangkap dan tidak tahu ke mana arah tuju untuk menyelamatkan diri.=) Kerugian dianggarkan hampir mencecah 2O ribu ringgit (tidak termasuk kos pembaikan kereta En. Adib)...=D
Berikut adalah antara keluhan hati atau komen ringkas para mangsa yang langsung ditemu bual selepas bencana itu berlaku :-
Saiful Izhar : "Mujurlah Gajet yang kami siapkan tidak terjejas walaupun diduga dengan hujan yang sangat lebat! Saya yakin dengan ikatan manok saya!"
Emilia : "Emmy risau la...kain baju emmy baru basuh kat blok tu... Hujan lebat,angin kuat nie,ntah2 dah terbang pe kain baju emmy tu...adoiii!"
Amir Hamzah : "Kejadian bencana alam seperti ini langsung tidak mematahkan semangat saya untuk pergi Tunas Samudera bersama Fatin Noorain nanti...!"
En. Adib : "Saya amat sedih dengan kejadian yang terjadi ini. Ini kerana saya xdapat claim insurans ke atas kesan kemek di bahagian hadapan Honda Stream Baru saya. saya berharap ada pihak yang tampil untuk memberi sedikit sumbangan atas kerosakan kereta saya ini...."
An. Din : "Nasib baik saya parking kereta saya agak jauh dari kawasan astaka. Buat masa ini kereta saya selamat. Takziah pada ketua jabatan saya yang parking kereta Honda Stream Barunya betul2 di belakang astaka (ketawa kecil)...."
Monday, February 16, 2009
Bencana Alam..!!
Posted by Azray at 3:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
gila kao tarok name aku siot...GILE!!haha...nway..bes gak bce blog ang...fun..weh...ltk r gmbr bncne 2...x AMARIKA r...
azrai...good job bro....
nanti aku link kan blog ko ni kat blog aku...
bdak2 ipti len aku da link kan da....
sian ko eh azrai..ko xnk aply jd wartawan ke..smbong eh ko skg...huahuahua
waahh !!
Ko mmg ada bakat terpendam dlm bidang kewaratwanan. Great article.
Tp lg bagus jika ada gambar2 selepas taufan. Hehe !
hurm..ish3...
subhanAllah
maha hebat kekuasaan Allah 2..
sudah smpai masanya astaka ditukar menjadi kompleks sukan..
huuuu....
errrmmmm x tau nk ckp ape,
hrp2 esk x ujan..
Aku sudah upload gambar2 bencana... aritu xleh upload arr,pesal ntah! intenet weng kot! hehehe... thanks bace blog aku!
Post a Comment