CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 12, 2009

Film Review : G.I Joe Rise of the Cobra

Filem yang diadaptasi dari komik ala-ala superhero nie sudah tentu mampu menarik minat penonton menyerbu panggung...dan apa yang penonton harapkan daripada filem nie semua tertunai arr kire... dengan aksi2 dan kesan2 khas yang menarik berlatarbelakangkan masa hadapan,memang memantapkan filem nie!

Satu pertubuhan ketenteraan membanteras jenayah yang dinamakan G.I Joe menjadi tunjang utama perjalanan cerita ni... Dalam cerita ini,mereka diperkenalkan sewaktu satu senjata nuklear canggih yang dipanggil WarHead dalam perjalanan untuk dihantar kepada pembeli telah cuba dirampas oleh pihak penjahat.. Dua askar yang bertugas dalam misi penghantaran itu kemudiannya diserap menjadi salah seorang daripada G.I Joe memandangkan salah seorang daripada mereka adalah suami kepada perempuan yang cuba merempas Warhead daripada mereka sebelum itu.

Apakah yang terjadi kepada pasukan G.I Joe selepas kemasukan dua askar baru tadi? Siapa pula akan memiliki Warhead?? Haaaa...untuk dapat jawapan,sama2 kita saksikan filem nie kat panggung berhampiran... masih sempat lagi nehhhh! Jom3x....=)

Film Review : SETEM


WOhhhhh!! Bagi standing ovasion sket utk Kabir Bhatia!!! Penghargaan kat die sebab mampu menghasilkan filem buatan Malaysia yang bertaraf luar Malaysia... Hasil kerja yang baik dari beliau untuk lebih memartabatkan filem Malaysia...cite yang berunsurkan action komedi nie ade keistimewaan sendiri yang harus kite sebagai rakyat Malaysia tonton...

Cite nie bermula dengan menceritakan asal-usul sekeping setem yang kononnya bernilai jutaan ringgit. Dek kerana nilainya yang begitu tinggi,maka banyaklah pihak yang mahu mencurinya!
Dan sudah tentu ada hero dan ada yang jahatnya... Sid dan Joe adalah dari pihak yang baik dan pihak2 yang jahat termasuklah Geng Piranha, Geng Tosai, dan Geng Bakso... satu lagi yang aku tabik kat filem nie,ade unsur 1 MALAYSIA beb!! PM kite kalau tengok cite nie sure senyum sampai telinga pnye! ;-) Nak dijadikan cerita, banyak pulak insiden-insiden kebetulan yang mempertemukan semua pihak yang nak mencurik setem nie.. Wehhh,part yang Bront Palarae punye aksi tembak2 dgan polis kat umah indon tu stylo gile ahhh! macam hollywood dow! satu langkah kemajuan dari filem Malaysia..Dan penamatnya, bukanlah seperti ape yang korang jangkekan akan berlaku.... Haaa,part ni lah yang membezakan filem nie drp filem2 Malaysia yang laen, yang endingnye dari awal kite dah dapat jangkekan...

Uhhh,xmao cerita panjang untuk filem nie weh sebab aku nak bagi korang kuwakan duet sket beli tiket wayang n tengok cite nie...untuk kelas filem Malaysia,aku brani bagi 5 Bintang wei!!
Ramai2 g tengok yek!!

Sunday, August 2, 2009

Film Review : The Proposal


Fuhhhhh....blog dah berhabuk neh! Adoiii,bnyak muvee dah aku tengok,tp xdek mood pon nak tulis review dalam blog! Sebok dowww...
Mase aku nak tengok cite nie, ade due pilihan sbenarnye... cite THE PROPOSAL nie atau THE GHOSTS OF GIRLFRIENDS PAST! Member2 semua rekemen tengok cite The Proposal nie dulu...Tapi cite nie memang bebaloi ditonton pun arr...

Cite pasal Margaret, seorang wanita berprofil tinggi yg komited dengan tugas terpaksa berpura2 berkahwin dengan setiausahanya,Andrew untuk mengelakkan dirinya diusir keluar daripada negara membangun,Amerika... Margaret yang asalnya orang Kanada terpaksa mempergunakan setiausahanya untuk memastikan kedudukannya yang dimilikinya sekarang tidak tergugat..
Andrew berfikir,jika bossnya ditukarkan sudah tentu dia juga tidak akan duduk di tempat yg dimiliknya sekarang.. Jadi dia pun bersetuju untuk sama2 menjadi rakan muslihat Margaret!

Di pejabat pendaftaran, Andrew dan Margaret membuat permohonan untuk menjadi warganegara dengan menunjukkan bukti bahawa mereka akan bertunang. Pegawai disitu memberi amaran kepada mereka berdua dan cuba menakut-nakutkan mereka supaya memberitahu perkara yang sebenarnye.. Andrew dan Margaret tetap bertegas dengan rancangan mereka lalu menipu bahawa mereka akan bersama-sama ke rumah keluarga Andrew di...Alaska!!

Cerita kian menarik sesampainya mereka di Alaska...Margaret yang sudah biasa hidup mewah di bandar agak kekok dengan keadaan di pedalaman Alaska...ditambah pula dengan adat-adat di perkampungan itu.. Disitu,barulah Margaret menyedari yang Andrew juga sebenarnya adalah orang kaya,hidupnya mewah disitu...
Tinggal beberapa hari dirumah Andrew,bermacam-macam kejadian tidak dirancang berlaku hingga melahirkan perasaan mesra antara mereka....

Keluarga Andrew yang sangat suka dengan Margaret lantas bercadang menyuruh mereka segera berkahwin disitu juga.. maka menggelabah la si Andrew ngan Margaret nie... xkan dorang nak kawen betol2 kott!! Untuk menjaga perasaan semua ahli keluarga Andrew,terpaksa jugalah mereka bersetuju dan mempersiapkan semua persiapan perkahwinan....

Hari perkahwinan dah tiba... Segala persiapan dah dibuat...Semasa sedang disatukan,sesuatu kejadian yang tidak dirancang serta tidak diingini berlaku...!! Jadi ke dorang nie kawennn...?
Saksikan di pawagam berhampiran andaaaa.... best beb cite nie!! Sandra Bullock buat mcm2 aksi ala2 kiut gitu dalam cite neh! hahahaha...=)
Layannnnn.......