Christine Brown,watak utama dalam filem nie... 1st of all aku nak cite orang2 yang berkaitan dalam hidup die nie... Yang paling rapat, pakwe die yang suke mengumpul syiling unik dan die akan simpan syiling tu dalam satu envelope bagi setiap syiling... Keduanya, Stu! rakan sekerja Christine di tempat kerja dan pesaing paling hebattnye untuk merebut jawatan Penolong Pengurus di syarikat mereka bekerja itu... Stu nie sanggup melakukan apa saje untuk memastikan die dapat mengambil hati boss memberikan jawatan itu kepadanya termasuk menipu,membodek boss dan mencuri fail penting dari meja Christine! Tapi itu lumrah la kan dalam hidup di dunia penuh persaingan nie...
Perjalanan hidup Christine nie same je seperti manusia biase yang lain sehingga pada suatu hari, datang seorang perempuan tua membuat pinjaman daripada bank tempat Christine bekerja nie supaya rumahnya tidak dijual... Terlintas di fikiran Christine, jika dia meluluskan pinjaman orang tua tu, mesti sukar untuk dia dinaikkan pangkat.. Christine perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat utk menarik perhatian bossnya,lantas menolak permohonan orang tua tu... Perempuan tua tu sangat terdesak untuk mendapatkan kelulusan pinjaman tu dari Christine hingga sanggup melutut depan Christine,dan mencium skirtnya asalkan pinjamannya diluluskan.... Christine masih dengan keputusannya,dan menghalau perempuan tua tersebut! Aku cakap perempuan tua nie,korang bayangkan perempuan yang cemane ar...? Ingat orang tua biase ke?? ko tengok bawah nie...!!!
Hahahaha...takut sehhh!! Mrs. Ganush namenye! nie baru ape yg korang tengok kat cnie, xtengok lagi gigi die yang leh cabut2 tu, kuku yg macam werewolf tu! Gile menakutkan perempuan tua neh!! =D
Dek kerana pinjaman xdiluluskan dan terasa dimalukan oleh Christine, Mrs. Ganush menyerang Christine pabila waktu malam die nak balik keje haritu,kat tempat parking kete....! Hoh,aksi serang menyerang dalam kete nie bikin geli la siottt!! Stapler kat mate ade, jolok pembaris dalam mulut pon ade!! Memang menyeramkan!! Mrs. Ganush sempat ambik 1 butang kat kot Christine dan menyumpah butang milik Christine tu dengan sumpahan yang sangat dasyat! Sumpahan tu menyeru roh ilmu hitam yang paling dasyat bernama THE LAMIA untuk menarik sesiapa sahaja yang memiliki barang yang disumpah masuk ke dalam neraka dan diseksa untuk selama2nya!
Christine bertemu dengan seorang pakar penilik nasib India bernama Rham Jas dan dia memberitahu Christine nie dah diikut oleh The Lamia tu... Dalam masa 3 hari selepas disumpah tu, The Lamia akan datang menarik pemilik barang sumpahan ke dalam neraka! Bukan senang untuk nak menewaskan kuasa kejahatan sekuat The Lamia nie! Tapi ade seorang perempuan yang sangat pakar dalam perubatan tradisional nie mungkin mampu untuk menewaskannya... Satu upacara dijalankan untuk menjinakkan The Lamia nie, tapi berkesudahan dengan kematian Shaun San Dena, pakar perubatan tadi tu... The Lamia masih lagi berkuasa dan hanya tinggal sehari saja lagi untuk dia menarik pemilik barang sumpahan tu ke dalam neraka!
Rham Jas memberi satu jalan penyelesaian...dia seal butang yang disumpah tu dalam satu envelope dan menyuruh Christine menghadiahkan atau memberikan butang tu kepada sesiapa sahaja dan The Lamia akan menarik orang yang memiliki butang itu keesokan harinya... Pada mulanya Christine memilih untuk memberi butang itu kepada Stu, si pesaing yang banyak mengelat kepadanya di pejabat tetapi tidak sampai hati! Terlintas pula wajah Mrs. Ganush,si perempuan tua yang menyumpahnya dulu! Pada masa itu,Mrs Ganush sudah meninggal dunia! Dengan penuh perasaan dendam yang membuak2, Christine bertekad lalu menanamkan envelope itu di dalam mulut mayat Mrs Ganush supaya The Lamia akan menarik roh Mrs. Ganush ke neraka selama2nya....
Keesokan harinya adalah hari yang aman bagi Christine... Dia menyangka The Lamia sudah mengambil roh Mrs. Ganush!
Woppp,cite xbes kat ctu jeeee,korang ingat lagi x mula2 tadi aku ade cite pakwe Christine nie ade simpan syiling dalam 1 envelope kan? Korang nak tau, rupa2nya Christine dengan tidak sengaja telah tertukar envelope yang berisi butang sumpahan dengan envelope yang berisi syiling tersebut!! Envelope yang "diserahmilik" ke dalam mulut mayat Mrs. Ganush malam tadi rupa2nya berisi syiling milik pakwenya!!! Bermaksud, Christine masih lagi belum memindah milik butang itu dan dia masih lagi pemilik rasmi barang sumpahan tersebut!! Aiyyooooo!! The Lamia lantas datang menarik Christine ke neraka tanpa ada belas kasihan di hadapan mata pakwenya.... huhuhuhuhu.....=(
WARNING : Kalau dah beli popcorn atau menyeludup makanan dari luar untuk menonton filem nie,better jangan makan semasa sedang menonton... Bisa bikin temuntah sehhhh dengan adegan2 geli+tkejot dalam cite nie!! Serius!! =D